Monday, November 8, 2010

Tanyalah diri kita....

TATKALA HENDAK MELELAPKAN MATA DI MALAM HARI, TANYALAH DIRI:

1. Pernahkah kita rasa indah dpt bersendirian di tempat sunyi krn mengingati Allah dan menumpukan perhatian sepenuhnya kpd- Nya?

2. Pernahkah kita menghitung dosa2 lahir dan batin sambil menangis krn 'istighfar' kita terlalu sedikit dibandingkan dgn dosa kita yg menyebabkan kita nanti jd bahan bakar api neraka?

3. Selalukah hati kita sentiasa ingat pd mati yg boleh mendatangi kita sebentar lagi krn memang boleh Tuhan berbuat begitu, cuma kalau tdk dimatikan itu krn Tuhan mahu kita berusaha lagi utk mencari jalan mendekatkan diri kpd-Nya?

4. Pernahkah kita menghitung berapa banyak harta, duit, rumah, kereta, perabot, pakaian , makanan dan lain2 kepunyaan kita yg disimpan lebih drp keperluan kita. sdgkan perkara itu, walaupun halal, tetap akan ditanya dan dihisab oleh Allah di akhirat kelak.

5. Pernahkah kita menungkan org2 yg pernah kita kasari, umpati, tipu, fitnah, hinakan dan aniaya? ADakah kita telah meminta maaf kpd mrk yang terlibat?

6. Ketika bersembahyang, apakah hati kita dapat khusyuk, tawadhuk, rasa hina diri spjg ibadah sembahyang yg kita lakukan itu? Atau hati kita waktu itu menerawang ke merata-rata tempat dgn membelakangkan Allah yg sdg disembah itu?
 7. Kalau ada org sakit, ditimpa kesusahan, menderita kemiskinan, adakah hati rasa belas kasihan utk membantu atau tolong doakan negara dia akan selamat?

8. Apabila Allah memberi sakit kpd kita atau kpd org yg kita kasihi, dptkah kita tenangkan hati kita dgn rasa sabar dan sedar bhw sakit itu adalah kifarah (penebus) dosa kita?

9. Ketika menerima taqdir atau rezeki yg tdk sesuai dgn kehendak kita, dapatkah kita redha dan merasakan bhw ia sbg satu pemberian Allah yg patut utk kita?

10.Di waktu apa2 yg kita ingini dan cita2kan tdk kita perolehi,dptkah kita tenangkan perasaan kita dgn rasa insaf akan kelemahan dan kekurangan diri sbg hamba Allah yg hina dina yg menggantungkan hidup mati dan rezeki sepenuhnya kpd Allah?

11. Di waktu mendapat nikmat, terasakah di hati ianya sbg pemberian Allah lalu timbul rasa terima kasih (syukur) pd Allah dan rasa takut kalau2 ia tdk digunakan krn Allah?

12. Kalau kita miskin, dptkah kita rasa bahagia dgn kemiskinan dan berlapang dada hingga tdk mahu mengadu-ngadu dan meminta pd manusia kecuali pd Allah?

13. Kalau ada org mencerca kita bolehkah hati kita merasa senang dan tenang lalu kita diamkan saja (tanpa sakit hatidan berdendam) bahkan memaafkannya sambil mendoakan kebaikan utknya.

14. Kalau ada org yg menipu, menganiaya dan mencuri harta kita, mampukah kita relakannya atas dasar kita mendapat pahala sabar krn menanggung kerugian itu?

15. Di waktu kita rasa bersalah dgn seseorang, dtgkah rasa takutkan kemurkaan Allah pd kita dan sanggupkah kita minta maaf sambil mengaku kesalahan kita?

16. Slps kita melakukan usaha dan ikhtiar atas kerja2 kita, adakah dpt kita lupakan usaha kita krn menyerahkan pd Allah atau kita rasa besar dan terpaut dgn usaha kita itu hingga kita rasa senang dan tenang dgn usaha kita?

17. kalau org lain dpt kesenangan dan kejayaan, dptkah kita rasa gembira dan turut bersyukur dan harapkan kekalnya nikmat itu bersamanya tanpa hasad dengki dan sakit hati?

18. Setiap kali org bersalah, lahirkah rasa kasihan kita pdnya, di samping ingin membetulkannya tanpa menghina dan mengumpatnya?

19. Kalau ada org memuji kita, adakah kita rasa susah hati sbb itu boleh merosakkan amalan kita kita dan dptkah kita bendung hati dr rasa bangga dan sombong kemudian mengembalikan pujian pd Allah yg patut menerima pujian dan yg mengurniakan kemuliaan itu?

20.Bolehkah menunjukkan rasa kasih sayang dan ramah mesra dgn semua org sekalipun org bawahan kita?

21. Selamatkah kita dr prasangka dan jahat sangka pd org lain?
 22. Kalau diturunkan pangkat dan jawatan atau kekayaan kita hilang, selamatkah hati kita dari rasa kecewa dan putus asa? Bahkan meredhainya krn ia adalah ketentuan Allah.

23. Sanggupkah kita bertolak ansur dgn org lain di waktu org itu memerlukan apa juga yg kita perlukan?

24. ADakah kita sentiasa puas dan merasa cukup dgn apa yg ada tanpa mengharapkan apa yg tdk ada?

25. ADakah hati kita sentiasa bimbang dgn amal ibadah yg telah dilakukan dan sentiasa berusaha utk memperbaikinya dari semasa ke semasa?




'BERPESAN-PESAN DGN KEBENARAN DAN BERPESAN-PESAN DGN KESABARAN'

.::Betapa sucinya kasih-Mu Tuhan::.
.::Betapa agungnya kebesaran-Mu::.
.::Diri ini mengharapkan cinta-Mu::.
.::Kekalkanlah rasa kehambaan ku::.

baru nak berjinak2...

salam semua..ini kali pertama aku menulis kt dlm blog....actually aku sendiri xtau ape nk tulis...sbb xpandai lagi..ehhe...seronok bace blog org lain...mcm2 ada....mcm best je..aku rase kt dlm blog  ni, kite leh tulis ape saje yg terbuku dalam hati ni...asalkan xmemudaratkan la...hikhik...xkesah la kan..layanzz aje...